Perak Hari Ini

Arahan tinggalkan Sarawak tak jejas Pas

MARANG – Kempen pilihan raya Pas di Sarawak tidak terjejas walaupun Kerajaan Negeri Sarawak mengarahkan pemimpin pembangkang termasuk petugas kempen pilihan raya agar meninggalkan negeri itu selewat-lewatnya, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas telah berkempen lebih awal dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dan arahan yang dikeluarkan pada saat-saat akhir itu tidak menjejaskan kempen mereka.

“Kita sudah (mula) awal, kempen dah awal (dilakukan dan arahan itu) tidak menjejaskan (kempen parti Pas), ini saat-saat akhir dah.

“Kita bergerak sepanjang masa (sejak) daripada awal (lagi),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Rusila di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, gerak kerja Pas di Sarawak sebelum ini juga telah menunjukkan kemajuan sejak hari pertama kempen dijalankan malah sokongan rakyat di negeri itu dilihat lebih baik berbanding pilihanraya terdahulu.

“Sokongan rakyat Sarawak lebih besar berbanding masa (pilihan raya) dahulu. Ada beberapa kawasan pertandingan dijangka sengit yang dijangka kita (Pas) boleh menang,” katanya.

Walaupun beliau tidak boleh mengesahkan kerusi mana yang akan dimenangi Pas sehingga selesai pengundian PRN Sarawak ke-11 esok namun harapan calon Pas untuk menang tetap ada berdasarkan peningkatan sokongan diterima itu.

“Ada kawasan-kawasan yang ada harapan, Insya Allah,” katanya.

Pada PRN Sarawak kali ke-11, Pas meletakkan calonnya untuk bertanding di 11 kerusi iaitu di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Pada PRN Sarawak 2011 lalu, Pas tidak memenangi apa-apa daripada lima kerusi ditandinginya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");