Membawang Hari Ini

Awal Ashaari Jawab Isu Gunakan Anak Raih Pendapatan

KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari menyangkal dakwaan mempergunakan anaknya Lara Alana yang berusia dua tahun untuk meraih keuntungan dengan menjadikannya model duta produk.

Awal, 35, sebaliknya menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran yang diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu.

“Rasanya istilah menjual anak agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu.

“Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga,” katanya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran koleksi pakaian raya Schawalara X Jakel di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima oleh anaknya disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan.

Bagaimanapun kata Awal, apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

“Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia.

“Bagaimanapun ia bukan untuk jangka panjang kerana saya juga mahukan kehidupan normal buatnya,” jelas Awal.

Bercakap mengenai Schawalara, Awal berkata, pada awalnya dia ingin mengeluarkan koleksi baju Melayu miliknya sendiri namun ia memerlukan kos yang tinggi.

Bagaimanapun kata Awal, pertemuannya bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel memberinya peluang merialisasikan impian untuk tampil dengan jenamanya sendiri.

“Koleksi pertama bersama Jakel bukan sahaja baju Melayu tetapi turut menampilkan baju kurung moden inspirasi daripada Scha termasuk baju kanak-kanak diinspirasikan oleh anak saya Lara.

“Untuk permulaan setiap keluaran hanya dikeluarkan sebanyak seratus sahaja dan ia eksklusif hanya di Jakel seluruh Malaysia,” katanya.

Kata Awal, Jakel menghasilkan 30 warna baju Melayu klasik termasuk 15 jubah manakala 50 rekaan baju kurung moden dan pakaian kanak-kanak untuk wanita.

Tambah Awal, dia turut terlibat secara langsung dalam penghasilan jenama Schawalara bagi memastikan produk yang dijual berkualiti tinggi.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");