Sukan Hari Ini

Azimat Lucero

Johor Bahru: Anugerah selaku pemain terbaik bulan April nyata beri suntikan buat penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Juan Martin Lucero (gambar) untuk mempamerkan aksi terbaik apabila berdepan Kaya FC pada pusingan kedua Piala AFC di Stadium Larkin, malam esok.

Anugerah yang dianjurkan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama asiana.my menerusi undian menyaksikan pemain import Johor DT itu meraih 63 peratus undian menewaskan empat lagi pemain iaitu Patrick Cruz (Terengganu FC II); Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kelantan); Dalibor Volas (Pahang) dan Francis Forkey Doe (FELDA United).

Dia yang ditemui Arena Metro nyata gembira dengan pengiktirafan yang diberikan dan bertekad untuk membantu Johor DT meneruskan rentak kemenangan terutama pada aksi kalah mati menentang kelab dari Filipina itu.

“Saya agak bertuah kerana muncul pemain kedua selepas rakan sepasukan Jorge Pereyra Diaz meraih anugerah ini pada bulan Mac lalu dan ia pasti memberi lebih kekuatan kepada kami berdua bagi memberi sumbangan buat Johor DT.

“Sepanjang saingan Piala AFC, saya hanya menjaringkan dua gol dan ia belum memuaskan hati saya jadi saya perlu memburu gol demi gol kerana aksi kalah mati amat penting dan kami tidak boleh memberi ruang kepada lawan,” katanya ketika ditemui di Padang Seri Gelam, semalam.

Lucero juga berharap rakan sepasukan tidak terlalu memandang rendah keupayaan kelab dari Filipina itu yang pasti mengidamkan kemenangan tatkala pertama kali melangkah ke pusingan kalah mati.

Katanya, walaupun tidak mengetahui lebih mendalam kekuatan skuad kendalian Chris Greatwich namun optimis betapa perancangan taktikal yang rapi dari ketua jurulatih, Mario Gomez mampu mencongak strategi ampuh pada aksi penting itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");