Sukan Hari Ini

Azizulhasni tambah 1 kilogram otot kaki

Kuala Lumpur: Persiapan jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang (gambar) berada di landasan tepat apabila sudah mencapai sebahagian daripada sasaran yang diharapkan.

Pelumba Olimpik negara itu yang menjalani latihan pusat di Melbourne, Australia berjaya menambah satu kilogram otot di bahagian kakinya.

“Hingga kini persiapan menumpukan usaha menambahkan otot bahagian bawah badan. Selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih, saya perlu menambah sekurang-kurangnya dua kilogram untuk bahagian bawah badan.

“Setakat ini saya sudah mencapai satu kilogram, masih berbaki tiga minggu. Saya yakin ia boleh dicapai. Kita cuba sebanyak yang mungkin,” jelas pelumba dari Terengganu itu.

Azizul akan tampil buat kali ketiga di pentas Olimpik dan akan beraksi dalam acara keirin di Rio, Ogos ini.

“Pada fasa persiapan seterusnya, tumpuan akan diberikan kepada kekuatan dan kepantasan.

“Ia disusuli latihan terakhir di Portugal yang lebih fokus kepada persediaan untuk menghadapi perlumbaan, strategi dan taktik sebelum terbang ke Rio dari sana,” ujar pelumba berusia 28 tahun itu.

The Rocketpocket Man antara prospek utama negara meraih pingat di Olimpik Rio dengan cabaran berbasikal negara turut digalas Fatehah Mustapa dalam acara pecut.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");