Sukan Hari Ini

Azrif tak sabar bukti kemampuan

Petaling Jaya: Ketiadaan R Gopinathan dan Matthew Davies yang digugurkan daripada skuad Harimau Malaysia akibat kecederaan memberi ruang kepada Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham untuk mengisi salah satu posisi itu.

Azrif, 25, pemain yang boleh bertindak selaku pemain pertahanan dan sayap kanan dilihat mampu memainkan peranan penting bagi perlawanan persahabatan dengan Myanmar di Yangon Sabtu ini sebelum berdepan Timor Leste dalam aksi play-off Kelayakan Piala Asia 2019 di Larin pada 2 dan 6 Jun.

Bagaimanapun bekas pemain Harimau Muda A itu yang menyerlah bersama Selangor ketika ini tidak mahu mengambil mudah kesempatan diberikan pengendali Datuk Ong Kim Swee.

“Selepas beberapa hari berlatih bersama skuad kebangsaan, saya nampak sudah bersedia terutama apabila kembali pulih daripada kepenatan akibat jadual Liga Super yang agak padat.

“Walaupun Matthew cedera, dalam pasukan bukan seorang dua saja boleh main posisi itu. Kalau jurulatih bagi peluang bermain, saya akan buktikan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pusat semalam.

Selain Azrif, turut bersaing di posisi pertahanan dan sayap kanan adalah dua pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mahali Jasuli dan S Kunanlan.

Walaupun masih baru bersama skuad kebangsaan, Azrif menampilkan permainan baik ketika tumpas 0-2 di tangan Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dan seri 0-0 dengan Macau dalam perlawanan persahabatan April lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");