Sukan Hari Ini

Badang negara ke Rio perlu berdisiplin

Kuala Lumpur: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan melihat beberapa kriteria dalam proses memilih seorang atlet angkat berat negara bagi beraksi di Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Setiausaha Agung PABM Pang Siew Huat berkata, meskipun ketika ini masih belum ada kata putus, beliau menegaskan atlet yang akan mewakili negara ke Rio perlu memenuhi beberapa syarat.

“Antara yang kami lihat, pertamanya kedudukan ranking semasa atlet itu. Prestasi semasa mereka juga akan diambil kira.

“Namun yang paling penting atlet dipilih itu mesti berdisiplin kerana mereka akan membawa nama negara di Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menunggu tarikh sebenar daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengadakan perbincangan dalam menentukan siapa atlet yang benar-benar layak mengisi satu slot ke Olimpik.

Skuad angkat berat negara berjaya meraih satu tiket secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu menerusi Kejohanan Angkat Berat Asia di Tashkent, Uzbekistan minggu lalu.

Perebutan untuk slot ke temasya sukan terbesar dunia itu dilihat sengit, terutamanya membabitkan dua atlet terbaik negara Mohd Hafifi Mansor serta Zulhelmi Md Pisol apabila kedua-duanya menyatakan hasrat untuk beraksi.

Hafifi ialah pemegang rekod kebangsaan dalam kategori 69 dan 77 kilogram serta pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014.

Zulhelmi yang beraksi dalam kategori 56 kilogram pula pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2014.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");