Membawang Hari Ini

Beyonce Tanggal Cincin Kahwin Lepas Lancar ‘Lemonade’

PENYANYI terkenal Beyonce dilaporkan tidak memakai cincin perkahwinannya sehari selepas melancarkan album terbaharunya berjudul Lemonade.

Daily Mail melaporkan tindakannya itu turut menghangatkan lagi spekulasi berhubung perkahwinannya dengan Jay-Z yang dikatakan retak menanti belah.

Malah Beyonce secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangganya menerusi Lemonade yang antara lain tentang kecurangan suaminya itu.

Ia memberi tamparan hebat tambahan Beyonce tampil dengan album berbentuk visual dalam meluahkan kekecewaannya.

Lemonade turut disiarkan secara eksklusif di saluran HBO.

“Ketika mengadakan persembahan pada konsert jelajah dunianya, Formation Beyonce tidak memakai cincin perkahwinannya,” kata sumber.

Dalam pada itu, Jay-Z turut dilaporkan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");