Panasnya Hari Ini

Biadap Kepada Tun M, Najib Digesa Ambil Tindakan Terhadap Nazri

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR : Kebiadapan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemberhentian pengiring bermotosikal polis perlu dikenakan tindakan.

Berikutan itu, Ahli UMNO Bahagian Rembau, Mohd Ridzuan Abdullah menggesa agar Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu mampu merosakkan imej parti.

“Beliau kata ajak bertumbuk dengan Dr Mahathir umpamanya. Kalau nak bertumbuk, ajak bertumbuklah dengan orang Thailand yang belajar tomoi.

“Kalau kita tak suka dengan Dr Mahathir, sebagai seorang menteri bagi cadangan hentikan polis pengiring dah la. Kenapa nak cakap bahasa-bahasa yang kurang ajar. Macam ini ke cara pemimpin UMNO,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Nazri dilaporkan berkata, tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk Tun Mahathir adalah tepat dan sepatutnya telah lama dilakukan.

Ujar Nazri lagi, dari segi logik kenapa perlu memberi keistimewaan kepada orang yang menentang kerajaan.

“Kalau beliau pilih untuk bertumbuk, kita boleh bertumbuk. Saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,”kata Nazri.

Oleh itu, Mohd Ridzuan yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) memberi peringatan kepada Nazri untuk menjaga adab orang Melayu, tambahan pula Nazri adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Dia boleh tegur orang macam ini (Tun Mahathir), macam mana dengan rakyat? Rakyat lagi takut nak berurusan dengan dia.

“Kalau rakyat ada masalah, saya ingat rakyat takut nak berurusan dengan orang macam ini. Bersikap macam gangster,”ujarnya.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa perkhidmatan dua pengiring bermotosikal polis untuk Tun Mahathir telah dihentikan berkuatkuasa 28 April lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");