Isu Panas

BN Perlu Menang Atas Kekuatan Sendiri – Khairy

KUALA LUMPUR: Jentera Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya bergantung kepada kelemahan parti pembangkang sebaliknya perlu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan kekuatan sendiri.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata semua jentera kempen BN perlu melaksanakan gerak kerja kempen mereka seperti yang telah dirancang.

“Kami tidak langsung rasa selesa dengan situasi yang sedang berlaku di pihak lawan kerana kita selalu dengan prinsip Pemuda Umno iaitu bertanding dan menangatas kekuatan kita sendiri dan bukannya atas kelemahan parti lawan.

“Kami bersiap sedia untuk hadapi apa sahaja senario dalam kedua-dua PRK ini tetapi kita tidak akan ambil sikap menari mengikut rentak parti lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Mengulas desas-desus bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di kedua-dua PRK untuk pembangkang, Khairy berkata jentera BN perlu memfokuskan kepada gerak kerja kempen mereka.

“Kita tidak pandang siapa yang nak lawan kita dan siapa yang nak kempen menentang kita, kerana kita akan memberi tumpuan kepada gerak kerja kita sahaja,” katanya sambil menambah Pemuda Umno akan menumpukan kepada sokongan pengundi muda.

Beliau berkata BN telah membahagikan tugas kepada setiap parti komponennya termasuklah Pemuda MCA dan Gerakan yang mempunyai gerak kerja spesifik dan akan memberi tumpuan kepada kawasan majoriti kaum Cina.

“Ada banyak isu tempatan antaranya harapan orang muda dari segi peluang ekonomi kemudahan asas untuk belia dan mengenai isu spesifik, saya dapati sebahagian besar daripada permintaan telah dipenuhi oleh wakil rakyat yang lama.

“Saya juga jangkakan isu-isu akan timbul berkenaan isu nasional dan sebagainya…itulah peranan kita untuk pastikan bahawa kalau perkara tersebut dapat dijelaskan dengan cepat dan jelas,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lepas.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");