Jenayah

Bot tunda cuba seludup pasir ditahan

JOHOR BAHRU: Sebuah bot tunda dipercayai dalam cubaan menyeludup keluar 545 tan metrik pasir ke Singapura, ditahan di perairan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini malam tadi.

Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata bot itu yang turut membawa lapan kru berusia 19 hingga 58 tahun termasuk seorang kapten warga Indonesia, ditahan kira-kira 3.5 batu nautika tenggara dari Tanjung Setapa.

Beliau berkata, kegiatan mereka dikesan apabila bot pasukan peronda APMM menghampiri bot tunda itu untuk pemeriksaan kira-kira pukul 9.30 malam.

“Hasil pemeriksaan, bot itu ditemukan membawa muatan pasir sungai seberat 545 tan metrik dari Pahang dan dipercayai ingin diseludup ke Singapura,” kata Amran dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui semakan lanjut, bot itu didaftarkan di Batam, Indonesia dan kesemua krunya pula mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka kini telah dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan larangan mutlak dengan niat mengelak daripada apa-apa larangan yang terpakai bagi barang-barang itu.

Amran berkata ini adalah tangkapan kedua dilakukan pihaknya berhubung penyeludupan pasir, tahun ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");