Perak Hari Ini

Bukit Larut Gamit Pengunjung

TAIPING: Bukit Larut bukan satu kawasan pelancongan yang asing kepada para pengunjung.

Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, ia merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga luar negara.

Ia merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana ia mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun dengan purata kira-kira 200 inci setahun.

Pengunjung tidak harus melepaskan peluang untuk menghirup udara segar yang masih belum tercemar di Bukit Larut atau dikenali juga dengan nama Maxwell Hill yang terletak kira-kira tiga hingga lima kilometer dari bandar Taiping.

PERAK TODAY 17

KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA

Kawasan yang cukup indah, semula jadi dan berbukit-bukau menjadikan Bukit Larut sebagai penempatan kepada pelbagai spesis flora dan fauna.

Antara aktiviti yang sangat popular yang dijalankan di kawasan tersebut adalah melihat burung terutamanya sepanjang jejak Gunung Hijau ke arah puncak Bukit Larut.

Setiap perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa kira-kira 30 hingga 35 minit yang menjanjikan pemandangan panorama bandar Taiping dan garis pantai.

PERAK TODAY 16

KENDERAAN LANDROVER

Namun, pengunjung tidak perlu bimbang kerana sebanyak tiga buah perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda (landrover) turut disediakan yang mana ia mampu membawa sehingga lapan orang penumpang bagi setiap perjalanan.

Perjalanan menaiki landrover berkenaan cukup mendebarkan dan paling menyeronokkan adalah ia menjanjikan satu pengembaraan yang menarik.

PERAK TODAY 15

Bayaran yang dikenakan untuk menaiki landrover juga amat berpatutan dimana untuk dewasa RM10 manakala kanak-kanak pula RM5.

Setibanya dipuncak, pengunjung akan diberi masa selama satu jam 30 minit untuk menikmati keindahan puncak Bukit Larut.

Meskipun Bukit Larut dianggap stesen bukit yang paling kecil di Malaysia, namun ia masih mengekalkan persekitaran alam semula jadi dan menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan.

PERAK TODAY 10

PENGINAPAN

Bermula pada 1 Januari 2016, Kerajaan negeri telah meletakkan pengurusan Bukit Larut di bawah Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Sehingga kini, pengurusan Bukit Larut telah membuka tempahan penginapan di dua buah Banglo iaitu Banglo Beringin dan Banglo Angkasa bermula pada 16 Mac 2016.

PERAK TODAY 9

Harga yang ditawarkan kepada pengunjung untuk bermalam di sana bagi Banglo Angkasa adalah RM600 untuk satu malam.

Manakala bagi Banglo Beringin pula RM400 bagi satu malam.

Pengunjung yang mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi Pengurus Bukit Larut, Roslee Ahmad Rafie di talian 05 8077241 atau 016 5507414 atau boleh emailkan ke [email protected].

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");