Jenayah

Cubaan letup mesin ATM gagal

BENTONG: Dua penjenayah terpaksa lari dengan tangan kosong apabila cubaan mereka meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Karak awal pagi tadi gagal merosakkan peti simpanan wang tunai ATM berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, letupan dipercayai menggunakan bom buatan sendiri hanya menyebabkan kerosakkan kecil mesin berkenaan selain beberapa bahagian ruang yang menempatkan ATM tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, kejadian didalangi dua lelaki bertopi keledar yang dipercayai memasuki bank berkenaan dari pintu hadapan dengan membawa bahan letupan dan kayu.

Menurutnya, suspek cuba meletupkan salah satu mesin ATM berkenaan tetapi gagal memecahkan peti simpanan wang tunai sebaliknya hanya kemek menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri.

“Berdasarkan penemuan serpihan di lokasi, kita percaya suspek menggunakan bom buatan sendiri.

“Serpihan itu dikutip dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengenalpasti bahan letupan yang digunakan,” katanya dalam sidang akhbar di tempat kejadian di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata, siasatan masih giat dijalankan bagi mengesan suspek terlibat dan jumlah kerugian dialami pihak bank akibat kejadian.

Beliau berkata, pihak polis berjaya mengesan gambar salah seorang suspek terlibat melalui pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kami harap kedua-dua suspek dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan justeru orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berdasarkan gambar CCTV ini supaya menghubungi mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan individu terlibat berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");