Berita Hari Ini

Denda maksimum jika gagal pengasingan sisa pepejal

KUALA LUMPUR – Denda kompaun maksimum sehingga RM1,000? akan dikenakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal mulai 1 Jun ini.

Penguatkuasaan itu dimaklumkan kepada umum oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi pra tonton iklan pengasingan sisa pepejal di punca yang ditayangkan selama 30 saat di pawagam MBO, Subang Parade malam ini.

Menerusi tayangan iklan, dimaklumkan kadar kompaun RM50 dikenakan kepada premis bertanah bagi kesalahan pertama, RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Bagi premis bertingkat, kadar kompaun yang dikenakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kesalahan pertama adalah sebanyak RM100, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca ini meliputi negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta 672 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");