Jenayah

Dua maut terjunam parit

Padang Terap: Seorang lelaki dan wanita Siam berusia 20-an maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Batu 18, Jalan Naka, di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.31 pagi dan tiba di lokasi kejadianjam 4.58 pagi.

Katanya, ketika tiba mendapati empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan dan usaha menyelamatkan mereka dijalankan.

“Pemandu kereta itu dipercayai tersepit manakala tiga lagi tercampak keluar dari kenderaan terbabit.

“Bagaimanapun pemandu kereta dan penumpang wanita terbabit meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, dua lagi mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menerima rawatan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");