Sukan Hari Ini

Fighters optimis benam TRW

FELDA United optimis mampu membenam Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tun Razak, Jengka malam ini.

Pengendali Felda, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pemain The Fighters harus fokus untuk memburu kemenangan sambil pertahanan harus kental dan bijak mengekang Kelantan dari membocori gawang manakala barisan depan perlu menembusi jaring pelawat.

“Jika kami hilang tiga mata dalam perlawanan ini, mungkin kami akan di pintas pesaing terdekat JDT yang akan turun beraksi selepas ini.

“Jadi, kita wajib menang dan pemain tidak boleh mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata,” katanya,

Mengulas lanjut, Irfan bagaimanapun tetap mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan skuad bimbingan K Devan itu yang turun dengan semangat tinggi selepas menang bergaya 3-0 ketika menentang Terengganu pada perlawanan terakhir sebelum ini.

“Memang kekalahan 2-3 kepada Perak memberi impak buruk, namun ia perlu dilupakan pemain.

“Apa pun, saya lihat semua pemain berada dalam keadaan baik dan kepincangan dalam pasukan pun telah dibaiki,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");