Sukan Hari Ini

Gagal angkara kotak gear

Kuala Lumpur: Malang menimpa pelumba Supersport (WSS) negara Zulhfami Khairuddin (gambar) apabila sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-26 selepas berdepan masalah kotak gear.

Mengharapkan keputusan lebih positif selepas meraih petak terbaik iaitu ke-11, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu sebaliknya terpaksa bersaing di kelompok belakang.

“Saya tidak dapat menurunkan gear rendah hingga menyebabkan pada satu ketika terkeluar dari litar. Apapun, saya berharap dapat beraksi dengan lebih baik pada perlumbaan seterusnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC),” katanya.

Kegagalan mengutip mata di Litar Imola adalah kali kedua berturut-turut selepas dia turut gagal mengutip mata pada saingan di Litar Assen, Belanda bulan lalu.

Pelumba Orelac Racing itu kini menduduki kedudukan ke-14 secara keseluruhan dengan mengumpul 20 mata.

Saingan seterusnya di SIC dari 13 hingga 15 Mei ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");