Sukan Hari Ini

Gugur trio import

Kota Bharu: Satu rombakan pemain termasuk import akan dilakukan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berikutan prestasi hambar pasukan itu pada pusingan pertama Liga Super yang berakhir minggu lalu.

Difahamkan, tiga tonggak import utama Jonathan McKain, Jonatan Lucca dan Dramane Traore kemungkinan besar digugurkan daripada skuad, manakala kedudukan Blazhe Ilijoski juga masih belum selamat.

Bagi pemain tempatan pula, satu atau dua pemain dari pasukan lain akan dibawa masuk KAFA sebaik pendaftaran pemain dibuka semula, bulan depan.

Penasihat Kehormat KAFA Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida ketika ditanya mengenai rombakan besar-besaran itu, tidak menafikannya sebaliknya mendakwa akan dilakukan segera.

Katanya, langkah drastik itu dibuat selepas pengurusan KAFA kecewa dengan prestasi pemain.

“Bayangan import pilihan saya adalah dari Portugal dan Australia, namun saya difahamkan ketua jurulatih Velizar Popov sudah menyenaraikan beberapa calon import baharu.

“Pemain tempatan pula ada satu dua nama akan dibawa masuk, namun masih dalam perbincangan. Calonnya adalah pemain yang sedang meningkat naik.

“Apapun, saya tidak akan keluarkan wang saya sama ada untuk pembayaran gaji import baharu atau bayaran pampasan kerana semua itu bukan pilihan saya,” katanya.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu, Kelantan diaibkan dengan kekalahan terburuk 2-5 kepada Selangor sambil Wan Zaharulnizam Wan Zakaria muncul pemain kedua mengutip kad merah selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang di Shah Alam, tiga hari sebelum itu.

Ketika ditanya mengenai saranan Popov yang juga bekas jurulatih kebangsaan Maldives supaya pemain yang dikenakan kad merah dipotong gaji, Vida bersetuju dengan saranan itu yang dilihat mampu mendisiplinkan pemain.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");