Perak Hari Ini

‘Handmade Market’ Platform Usahawan Jana Pendapatan

IPOH: ‘Handmade Market’ dilihat mampu untuk menjadi platform kepada usahawan dan golongan wanita untuk menjana pendapatan dengan memasarkan produk ‘handmade’ (buatan sendiri) melalui program berkenaan.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PJSK) dengan usahasama Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) di bawah Program Meningkatkan Sosial Ekonomi.

Pengasas Pusat Latihan Kraftangan Epal, Chye berkata, program berkenaan juga dapat dijadikan sebagai medan untuk perintis pusat latihan tersebut mendapatkan pengalaman untuk permulaan langkah dalam bidang keusahawanan.

9 (1)

“Program ini menggunapakai konsep dua bulan setengah untuk menghasilkan produk di rumah manakala lima hari pula untuk menjalankan perniagaan.

“Setiap produk yang dijual mempunyai keunikan yang tersendiri dan paling penting ia buatan sendiri,” katanya dalam ucapan di program Handmade Market Peringkat Negeri Perak di Dewan Aeon Klebang di sini, hari ini.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perak, Srihartini Shamsudin.

Beliau berkata lagi, program seperti ini juga secara tidak langsung dapat membantu golongan sasar yang telah dilatih dengan kemahiran seni jahitan kreatif untuk memulakan perniagaan dengan modal yang rendah serta kurang berisiko.

Tambahnya, program berkenaan sebelum ini turut diadakan di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

1 (2)

“Handmade Market yang pertama bermula pada 13 hingga 17 April 2016 di City One Mall Kuching, Sarawak, 11 hingga 15 Mei 2016 (Megamall Kuantan, Pahang); 23 hingga 5 Jun (Aeon Mall Shah Alam); 25 hingga 28 Mei (Hills, Sabah) dan 1 hingga 5 Jun di Pall Mall, Seremban.

5

“Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini boleh mendaftar melalui PJSK Malaysia dan Pusat Latihan Kraftangan Epal dan bagi yang tidak berkemahiran dalam bidang seni jahitan kreatif pula boleh mengikuti pakej kursus yang ditawarkan oleh pusat latihan berkenaan dengan bayaran yuran yang minima,” jelasnya lagi.

 

Dalam pada itu, menurut salah seorang peserta, Celine Hosey @ Salmah Abdullah, 62, program yang dianjurkan oleh pihak Epal banyak memberi manfaat kepadanya.

Ujarnya, selain daripada mengisi masa lapang dengan membuat produk dengan barangan terpakai, ia mampu menjana pendapatan menerusi penjualan di Handmade Market berkenaan.

“Ia mampu membantu orang macam saya untuk mendapatkan pasaran yang lebih baik dan mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.

4 (1)

Selain daripada menyertai program berkenaan, beliau yang mendapat kemahiran menjahit dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh PJSK turut mendapat bantuan daripada anaknya untuk memasarkan produk buatan sendiri tersebut menerusi atas talian.

Tambahnya, setakat ini, beliau mampu memperolehi pendapatan RM600 sebulan dengan menjual produk buatan sendiri.

“Barangan yang orang nak order (tempah) yang nak kualiti, kita akan gunakan bahan daripada Epal, tetapi kalau beg terpakai pula kita menggunakan bahan yang kita beli daripada kedai ‘Bundle’

“Saya harap sesiapa pun khususnya golongan muda untuk turut belajar kemahiran ini kerana tidak rugi dan dapat membantu kita menjana pendapatan sampingan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");