Isu Panas

Hantar wakil ke PRN Sarawak

PASIR MAS – Umno Kelantan sudah menghantar 30 petugas bagi membantu kempen BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini.

Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, petugas tersebut merangkumi pemuda, puteri dan wanita yang akan membantu kempen di Sarawak.

“Bagaimanapun, kita akan menambah kekuatan dari masa ke masa sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan Umno Peringkat Parlimen Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jias, semalam.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Datin Shuhanie Deraman dan Ketua Pemuda Bahagian Pasir Mas, Nor Azmawi Ab Rahman.

Terdahulu, Hanafi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Mas menjayakan acara senamrobik bersama kontinjen yang bertanding iaitu Dun Tendong, Pengkalan Pasir dan Chetok.

Pemenang keseluruhan karnival dimenangi kontinjen Dun Tendong.

Menurutnya, Umno Kelantan akan membantu dua Dun sepanjang tempoh kempen berkenaan berlangsung.

Katanya, kempen tersebut akan diketuai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapha Mohamed.

“Kumpulan ini akan bantu kempen dari rumah ke rumah, ceramah dan sentuhan kepada rakyat,” katanya.

Hanafi berkata, beliau yakin BN Sarawak akan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya itu nanti.

Katanya, imej bersih Datuk Adenan Satim sebagai Ketua Menteri Sarawak menjadi sandaran utama BN pada pilihan raya.

“Saya rasa rakyat Sarawak cukup bijak untuk membuat penilaian dengan memilih BN untuk memimpin negeri berkenaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");