Panasnya Hari Ini

Hanya Bumiputera Islam Boleh Perintah Sarawak – PAS

KUALA LUMPUR: PAS ‘tidak menghalalkan’ orang lain dan tidak bersetuju sekiranya DAP memerintah Sarawak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegasnya, PAS mahu pemerintah di negeri itu daripada orang Islam Bumiputera dan bangsa Cina serta India boleh menjadi rakyat.

“PAS mahu Sarawak diperintah oleh Bumiputera, bukan kaum lain tapi Bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia Bumiputera Islam.

“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi pemerintah negeri mesti Bumiputera,”katanya, lapor Malaysiakini.

Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi, tujuan PAS meletakkan 11 calon bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bukan untuk memerintah negeri itu, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas PRN 7 Mei ini.

“PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi, masih ada 72 kerusi lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.

“Mereka nak 71 kerusi ambillah sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja. Tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,”jelas beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan rakyat Sarawak bahawa PRN adalah amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya dapat didengari.

“Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.

“Pilihan raya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita, itu makna pilihanraya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");