Membawang Hari Ini

Hazama, Gen rancang nikah lepas raya

KUALA LUMPUR: Merancang mengakhiri zaman bujang selepas Aidilfitri, penyanyi Hazama Azmi, 32, berhasrat bernikah dalam majlis ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Dia mengambil iktibar daripada insiden yang menimpa isteri teman rapatnya, Akim Ahmad sekali gus enggan kekasihnya yang baharu belajar mengenai Islam, Genervie Kam, 36, atau Gen, berdepan tekanan serupa.

“Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua.

“Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” kata pelantun lagu Sampai Mati itu.

Terdahulu, isu hak privasi saudara baharu tercetus apabila gambar Stacy mengucap dua khalimah Syahadah di sebuah pejabat agama disebarkan orang dalam sendiri.

Hazama dan kekasihnya, Gen yang juga pemuzik menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu.

Biarpun sebelum ini tiada kata putus daripada kedua-dua mereka berhubung fasa seterusnya berikutan perbezaan agama namun Gen dikatakan sudah terbuka mengenali Islam dengan lebih dekat.

Sementara itu, mengenai sambutan terhadap single Di Amaran Mama, Hazama bersyukur ramai memberikan maklum balas positif dendangan yang dikatakan menonjolkan sisi berbeza penyanyi terbabit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/158937

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");