Membawang Hari Ini

Hazami Pernah Hilang Identiti, Tersentak Dipanggil Hazama

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazami terpaksa mengakui hakikat pendekatannya untuk mengubah cara nyanyian agar kelihatan berbeza sebelum ini membawa padah apabila ia memberi impak negatif terhadap kerjaya seninya.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 41, berkata, perkara itu banyak mengajarnya untuk bersyukur menghargai bakat sedia ada sekali gus mengenal potensi diri.

“Jujur saya katakan, itu antara punca kenapa penyertaan saya dalam industri seni kebelakangan ini semakin kurang mendapat penerimaan. Saya hampir kehilangan identiti diri sepertimana yang pernah peminat-peminat kenal Hazami menerusi lagu-lagu seperti Sonata Musim Salju, Tekad dan Mungkir Bahagia.

“Bukan bermaksud saya takut mengambil risiko membuat pembaharuan untuk versatil, tetapi berdasarkan eksperimentasi sebelum ini, saya dapat rumuskan peminat tetap mahukan Hazami yang dulu menerusi lagu-lagunya yang harmoni, tidak sarat dengan instrument muzik dan lebih menonjolkan pada kekuatan vocal,” katanya.

Hazami ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul ‘Cintai Dia’ di Jibby East, Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Dalam perkembangan yang sama, kata Hazami untuk kembali menarik peminat ‘mengenal’ Hazami yang dulu bukanlah satu perkara mudah.

Pernah sebelum ini dia terpaksa membuang karya-karya ciptaannya kerana tidak menemui identiti sebenar di sebalik karya tersebut seperti dirinya sebelum ini.

Lebih membuatkan hatinya sedikit terusik, ramai yang mula tersilap memanggilnya dengan nama Hazama di beberapa majlis hiburan sekali gus membuatkan hati dia terdetik adakah namanya sudah tidak lagi relevan di dalam industri?

“Banyak kali nama saya dipanggil Hazama. Kadang kala tersentap jugak. Mungkin atas faktor nama kami seakan sama atau juga orang sudah mula melupakan nama Hazami kerana lama menghilang tanpa karya-karya yang mampu memberi impak seperti sebelum ini.

“Justeru, dengan lahirnya single ‘Cintai Dia’ yang yang saya sifatkan sebagai salam pengenalan semula saya kepada peminat, saya harap orang akan kembali mengingati Hazami yang pernah hilang dengan karya-karya harmoninya suatu ketika dahulu.

‘Cinta Dia’ adalah sebuah lagu balada ciptaan sepenuhnya oleh Hazami sendiri dan diterbitkan oleh Cloudworks Entertainment.

Ia sudah disiarkan di radio-radio seperti Era FM dan Hot FM.

Sementara itu, berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang sebelum ini mengalami masalah pendarahan usus, Hazami bersyukur kerana ia beransur baik dan dia tidak perlu lagi mendapat rawatan susulan di hospital.

Biarpun mengakui adakalanya rasa kurang bertenaga, namun dia tidak akan menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memperlahankan aktiviti seninya yang disifatkan seperti baru hendak bermula.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");