Membawang Hari Ini

Hero panas baran jadi ‘sweet’

Drama terbaru yang diadaptasi daripada novel cinta, Mr Secret Admirer menampilkan Fezrul Khan dan Elfira Loy sebagai teraju utamanya. Diarahkan oleh Mohd Jeffri Mohd Yusoff, drama bersiri 13 episod ini ternyata punya kelainan berbanding versi novelnya.

“Ini buah tangan pertama saya sebagai pengarah sepenuh masa. Jika sebelum ini, tugasan saya lebih kepada pengarah fotografi, kini saya berpeluang mengarahkan drama bersiri ini.

“Berbanding versi novel, Mr Secret Admirer yang saya hasilkan dalam bentuk visual ini diubah sedikit daripada segi jalan cerita dan karakter untuk memastikan ia lebih realistik dan dekat dengan penonton,” katanya.

Menurut Jeffri, dalam versi novel, watak utama iaitu Syed Redza lakonan Fezrul Khan digambarkan lelaki yang kasar dan panas baran.

“Apa yang saya lihat, penonton drama di Malaysia kebanyakannya dalam kalangan remaja dan wanita, mereka menginginkan watak hero yang ‘sweet’ dan ‘gentleman’. Jadi, kebanyakan karakter Syed Redza yang nampak kasar, saya olah kembali menjadikannya seorang lelaki yang lebih ‘sweet’ berbanding dalam novel,” katanya.

Berpeluang bekerjasama dengan pelakon hebat sememangnya melancarkan proses penggambaran Mr Secret Admirer.

“Untuk buah tangan pertama ini, saya bertuah kerana berjaya menggabungkan beberapa nama besar dalam industri. Saya sangat bersyukur kerana mereka semua sangat profesional dan hebat dalam melakonkan watak masing-masing,” katanya.

Mengenai cabaran dalam menjayakan drama ini, Jeffri mengakui babak romantik agar sukar untuk dilaksanakan.

“Saya suka menghasilkan kisah cinta namun babak romantik sememangnya mencabar kerana saya perlu menimbulkan rasa romantik itu secara visual. Mujurlah Fezrul dan Elfira bijak dalam memainkan peranan mereka,” katanya lagi.

Watak berbeza

Bagi Fezrul, wataknya sebagai Syed Redza memang berbeza daripada watak dibawa sebelum ini.

“Syed Redza lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Jadi, kebanyakan babak saya berada di atas katil dan perlu memasukkan watak lelaki yang tidak boleh berjalan ke dalam diri saya.

“Secara keseluruhan, saya serasi dengan Elfira walaupun ini gandingan pertama kami dalam drama sebagai watak utama,” katanya.

Putri Najwa pula yang sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Dawai Asmara turut selesa membawakan watak Lisa.

“Lisa bukanlah watak jahat, tetapi lebih kepada anak manja yang sentiasa menurut perintah kedua-dua ibu bapanya. Berbanding watak dalam drama lain lakonan saya sebelum ini, watak Lisa lebih ringan,” katanya.

Bagi pelakon senior, Zarina Zainuddin yang memegang watak sebagai Datin Fatimah, dia yakin nilai kekeluargaan yang kuat dalam drama itu mampu menarik perhatian penonton.

“Tidak banyak beza berbanding drama lakonan saya sebelum ini, Mr Secret Admirer juga mengetengahkan nilai kekeluargaan dan rasanya, ini adalah mesej terbaik buat penonton,” katanya.

Jatuh cinta dengan jururawat

Mr Secret Admirer adalah novel karya novelis Shila Alish dan mengisahkan Syed Redza yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, sehingga menyebabkannya lumpuh.

Syed Redza, anak kepada Datuk Munawar dan Datin Fatimah sudah bertunang dengan Lisa. Selepas dia tahu mengenai kecurangan Lisa, dia mula patah hati dan me­nganggap semua wanita sama.

Ketika dalam keadaan lumpuh, ibu bapanya mengambil jururawat bernama Zureen untuk menjaganya. Pada awalnya, Syed Redza tidak melayan Zureen dengan mesra, namun lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik.

Dari situlah bermulanya pelbagai insiden dan babak cinta serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh kedua-dua mereka.

Mr Secret Admirer akan ditayangkan di Hypp TV menjelang Ramadan ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");