Sukan Hari Ini

Hodak, Bacina pacu Harimau Kumbang

Georgetown: Desas-desus mengenai kehadiran bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Bojan Hodak dan bekas pengendali JDT II, Nenad Bacina berada dalam pengurusan pasukan Pulau Pinang bakal menjadi kenyataan apabila pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Kehadiran Hodak dan Bacina pastinya akan menguatkan pasukan Harimau Kumbang yang berusaha untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Sumber berkata, Hodak bukan asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana pernah mengendalikan UPB-MyTeam, Kelantan dan Johor DT.

Begitu juga dengan Bacina apabila pernah terbabit bersama pasukan JDT II dan kelab Tampines Rovers dari Singapura.

Terdahulu, kelibat kedua-dua jurulatih itu dilihat berada di Stadium Bandaraya sewaktu perlawanan Liga Super di antara Pulau Pinang dan FELDA United minggu lalu.

Biarpun tanpa pengesahan rasmi, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Gary Nair seolah-olah mengesahkan Hodak serta Bacina bakal menjadi taruhan mereka untuk mengubah nasib Harimau Kumbang yang kini menduduki tangga tercorot Liga Super.

Bacina akan dilantik sebagai pengurus bagi menggantikan tempat Azizuddin Mohd Shariff yang meletak jawatan Khamis lalu manakala Hodak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Pengesahan mengenai pelantikan ini akan diumumkan pada sidang media khas FAP jam 4 petang ini.

Pulau Pinang kini hanya merangkul satu kemenangan selepas 12 perlawanan Liga Super selain gagal menempatkan diri dalam saingan Piala Malaysia.

Ketua jurulatih, Jacksen F Tiago yang direhatkan sebelum ini, dijangka bakal berpisah dengan Pulau Pinang apabila ditamatkan kontrak selain diberikan pampasan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");