Panasnya Hari Ini

Hudud : Orang Bukan Islam Tidak Patut Masuk Campur – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR “ Orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur. MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. Parti Amanah Negara (AMANAH) pula tidak faham sempadan,”kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai usul Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ahli Parlimen Marang itu juga turut mendakwa bahawa DAP mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.

“Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam dan kebimbangan sekiranya dilaksanakan menurut Islam akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam.

“Ini sebenarnya menakutkan DAP,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis mengumumkan calon PAS untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun hadapan.

Dalam majlis tersebut, Dr Abdul Rani Osman diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS di Parlimen tersebut.

Mengulas mengenai isu bukan calon tempatan yang mewakili PAS di kerusi Parlimen tersebut, Abdul Hadi berkata pemilihan orang luar bukanlah sesuatu yang luar biasa.

“Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah,”tegasnya.

Jelas Abdul Hadi lagi, calon yang dipilih itu telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama parti Islam itu.

Dr Abdul Rani ketika ditanya mengenai pemilihan beliau sebagai calon PAS bagi Parlimen Sungai Besar bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

“Saya telah dinasihatkan oleh Tuan Guru Presiden agar tidak memberikan sebarang kenyataan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");