Panasnya Hari Ini

Hudud : Presiden Gerakan Umum Sedia Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Selepas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan akan meletak jawatan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) (Pindaan 2016) diluluskan, perkara yang sama akan turut dilakukan oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Gerakan bimbang dengan RUU tersebut yang akan memberikan kuasa hukuman terbuka di Mahkamah Syariah kecuali hukuman mati.

“Dan ya, saya akan bersedia untuk lakukan apa yang Datuk Seri Liow umumkan,”katanya, lapor mstar.

Mah berkata, Gerakan tetap menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi bimbang tentang usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap tidak mengikut Perlembagaan.

Tegasnya lagi, parti itu akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan cara hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, Mah menggesa agar PAS menarik balik RUU itu dan berunding dengan Peguam Negara dan pakar undang-undang lain supaya ia boleh bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa yang sama, Mah turut mempersoalkan sekiranya DAP yang seharusnya dipersalahkan dan bertanggungjawab terhadap usaha mereka meminta orang ramai untuk menyokong serta mengundi PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

“Mereka bekerjasama dalam kerajaan negeri Selangor hari ini,”ujarnya.

Tambahnya lagi, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga perlu bersedia untuk meletak jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");