Panasnya Hari Ini

Hudud : Terserah Kepada UMNO Untuk Jelaskan Kepada Parti Komponen BN

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menyerahkan kepada UMNO untuk memberi penjelasan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah.

Ujarnya, PAS sebelum ini telah diberi jaminan bahawa UMNO daripada pihak kerajaan akan menyokong usul tersebut.

“Jadi saya rasa lebih elok UMNO sebagai tonggak dalam BN menjelaskannya (kepada parti komponen BN), bukan kita.

“Dari segi prosedur, usul ini dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Walaupun daripada PAS, tetapi bukan secara rasmi mewakili PAS.

“Yang membawa usul ini individu. Beliau dikira sebagai ahli bukan kerajaan, bukan PAS yang bawa, tetapi kebetulan Ahli Parlimen itu daripada PAS,”ujarnya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, , RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen minggu lalu.

Takiyuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau difahamkan bahawa usul yang dibawa oleh Abdul Hadi itu telah dibawa ke Kabinet sebelum diusulkan di Parlimen.

“Saya difahamkan bahawa perkara itu telah diterangkan dan katanya telah diluluskan oleh Kabinet. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri Kabinet telah membenarkan usul yang terletak di senarai nombor 15 naik ke nombor 1.

“Mesti dengan persetujuan daripada Kabinet. Selain daripada itu saya tidak tahu apa yang parti-parti bukan Islam tak faham,”katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pindaan Akta 355 tidak ada kaitan langsung dengan rakyat bukan Islam di negara ini.

“Ia melibatkan Mahkamah Syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam, melibatkan akta Mahkamah Syariah dan yang dipinda pula kes jenayah, kalau kes sivil mungkin ada kaitanlah.

“Selain itu saya boleh sebut juga pindaan Akta 355 tidak ada kaitan langsung dengan Enakmen Hudud Kelantan berbanding sebelum ini.

“Kalau tak ada undang-undang hudud Kelantan pun, Akta 355 perlu dipinda. Sebab ia hanya berkaitan dengan Mahkamah Syariah,”jelas Takiyuddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");