Panasnya Hari Ini

Isu Royalti Minyak Tidak Sesuai Dipertimbangkan Ketika Ini

KUALA LUMPUR: Isu pemberian royalti minyak kepada negeri Sarawak tidak sesuai dipertimbangkan pada ketika ini berikutan harga komoditi itu jatuh di peringkat dunia.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pusat telah membuktikan komitmen kepada negeri itu dengan memberi peruntukan bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo selain daripada meluluskan RM3.5 bilion bagi pembangunan sepanjang lawatannya ke Sarawak.

“Royalti tidak sesuai untuk diberikan pertimbangan sebab keadaan hasil negara begitu kritikal dan kehilangan RM40 bilion sebab kejatuhan minyak.

“Berdasarkan lawatan saya, RM3.5 bilion telah diluluskan dan banyak juta akan diberikan kepada Sarawak. Lebuh Raya Pan Borneo contoh yang amat baik menunjukkan komitmen untuk Sarawak sangat tinggi dan akan diteruskan,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Buat masa ini, Sarawak menerima lima peratus royalti daripada hasil minyak negeri itu daripada kerajaan pusat.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan berkata beliau akan berjuang untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak daripada kerajaan pusat sekiranya Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 7 Mei ini.

Sementara itu, 40 calon PKR dalam PRN hari ini sepakat membuat lima tuntutan kepada Najib termasuklah menuntut agar Sarawak diberikan hak 20 peratus royalti minyak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");