Panasnya Hari Ini

Jalani Pembedahan Di Singapura, Pandikar Kini Stabil

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil di Singapura.

Memetik sumber Astro AWANI, Pandikar telah ke Singapura setelah dikatakan tidak sihat sejurus selepas tamat sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Rakyat, Khamis lalu.

“Tan Sri Pandikar hanya melalui pembedahan kecil di bahagian belakang. Beliau berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani rawatan di Singapura,” memetik sumber Parlimen kepada Astro AWANI.

Sementara itu, sumber turut menafikan desas- desus yang mengatakan bahawa Pandikar telah diserang angin ahmar seperti yang tersebar melalui WhatsApp dan di laman sosial pada ketika ini.

Terdahulu pada Januari 2010, Pandikar pernah diserang sakit jantung dan melakukan pembedahan pintasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");