Membawang Hari Ini

Jangan kaitkan saya konflik Fasha-Jejai: Nora

KUALA LUMPUR: Aktres Nora Danish, 35, memilih untuk tidak mencampuri kemelut membabitkan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai nama Jejai dengan Fasha Sandha kerana ia bukan urusannya.

“Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas kontroversi yang melanda Jejai dan Fasha.

Isu terbaharu itu hangat diperkatakan sebaik sebuah blog hiburan pada awal minggu lalu mendakwa beberapa individu melihat Fasha bersama peguamnya di balai polis Ampang Jaya dipercayai bertujuan membuat laporan polis berhubung gangguan daripada lelaki itu.

Sebelum ini, Nora yang juga bekas isteri ahli perniagaan itu pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai hingga membawa kepada perceraian mereka pada 20 Januari lalu.

Jejai berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008.

Mereka dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal manakala bersama Fasha yang dinikahi pada pada 27 April 2012 dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Nora bersyukur koleksi tudung dan busana rekaannya yang kini di pasaran mendapat sambutan memberangsangkan membuatkannya mahu memperlahankan kerjaya seni untuk memberi tumpuan terhadap bidang perniagaan.

“Saya bukan muda lagi untuk terus berlakon tanpa memikirkan sebarang pelaburan demi masa depan. Saya masih menerima tawaran berlakon namun terpaksa saya tapis bagi memberi fokus terhadap bisnes fesyen yang baharu saya ceburi ini.

“Rekaan tudung dan busana sempena Aidilfitri ini adalah rekaan bersama kami adik-beradik dan ibu. Sudah tentu rekaannya lebih ekslusif dan bersifat peribadi memandangkan perincian setiap koleksi dekat dengan jiwa kami sebagai peminat fesyen.

“Selain menerima tempahan secara online di laman sesawang rasmi, mereka yang berminat boleh ke butik Whitehanger di seksyen 7, Shah Alam untuk melihat sendiri fabrik. Ada sesetengah pembeli lebih berminat meneliti jenis tekstil yang kami pilih dengan terperinci sebelum membeli,” katanya.

Turut berkongsi keterujaan melihat sambutan penggemar kopi di restoran miliknya, Kopi XOXO di Bangsar, dia mempunyai perancangan membuka cawangan lain di Taman Tun Dr Ismail dan Bangi dalam tempoh terdekat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159002

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");