Berita Hari Ini

Jangan mansuhkan Kejara

SHAH ALAM – Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan hukuman Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan saman terhadap pengguna kerana ia antara langkah mendidik rakyat negara ini supaya lebih berdisiplin.

Presidennya, Hamzah Masri berkata, saman boleh disifatkan sebagai hukuman manakala mata demerit pula satu peringatan.

“Bila pengguna kena saman, mereka boleh bayar, tapi bila kena mata demerit dan cukup 60, masa tu pesalah boleh dikenakan tindakan menggantung atau menahan lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi memberi maklum balas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan menghapuskan denda wang terhadap pesalah trafik sekiranya ingin melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) beberapa hari lalu.

Menurut Hamzah lagi, tindakan menahan atau menggantung lesen pesalah hanya akan dibuat apabila mata demerit mencapai jumlah 60.

“Kami berpendapat apa yang dilakukan kerajaan bukan untuk kaut keuntungan tetapi lebih bersikap didik pengguna patuhi undang-undang jalan raya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");