Jenayah

Jumpa mayat dalam sungai

Kota Bharu: Mayat seorang lelaki ditemui dalam sungai di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa,dekat sini kira-kira jam 10.05 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 40an lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada 12.29 malam daripada pihak polis.

“Operasi mencari lelaki itu digerakkan sejurus panggilan diterima, namun ditangguh pada 2.59 pagi. Ia disambung semula pada 8 pagi tadi dan mangsa ditemui terdampar dalam sungai,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");