Isu Panas

Kalaulah Tok Guru masih ada…

SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menadah kesyukuran di atas kejayaan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi tujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut menggambarkan alangkah baiknya sekiranya kejayaan yang diperjuangkan itu dapat disaksikan sendiri oleh bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bumi Kelantan menadah syukur kepada ALLAH di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membentangkan RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Jikalah tok guru masih ada…,”katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook nya hari ini.

Menurut Ahmad Fadhli, kejayaan tersebut secara tidak langsung merintis jalan kepada penguatkuasaan sebahagian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di negeri Kelantan yang telah di bentang oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada bulan Mac tahun lepas.

Katanya, kejayaan awal Pas membawa RUU Persendirian tersebut turut disifatkan sebagai satu langkah bersejarah.

“Ia bukannya satu langkah yang tercipta dengan sekelip mata. Benar ia hanya tiga minit, tetapi tiga minit bersejarah itu telah didahului dengan pelbagai perkembangan besar di dalam politik tanah air.

“Sehingga boleh dikatakan bahawa punca utama perpecahan PR selepas Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) yang lalu ialah berikutan kegagalan DAP untuk menerima pendirian Pas bagi meneruskan agenda memartabatkan perundangan Islam di negara ini,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli memaklumkan bahawa Kerajaan Kelantan wajib bersedia untuk mengorak langkah menjadi negeri pertama menyahut usaha memartabatkan Mahkamah Syariah

Katanya, umat Islam di negara ini seharusnya matang menilai memandangkan Pas selaku parti pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan syariat Islam.

“Maka bayangkan jika Pas sebagai sebuah parti kerajaan. Anak muda Kelantan sujud syukur di hening pagi Jumaat ini. Ia adalah hadiah kepada kami rakyat Kelantan,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");