Sukan Hari Ini

Kantoi merokok, Dani Osvaldo dipecat

GARA-gara merokok di bilik persalinan, kontrak Dani Osvaldo bersama kelab Argentina, Boca Juniors ditamatkan serta-merta.

Osvaldo melakukan ‘perbuatan terlarang’ itu ketika perlawanan separuh akhir Piala Copa Libertadores menentang kelab Nacional di Uruguay.

Dalam perlawanan itu, Osvaldo diletakkan sebagai pemain simpanan.

Menurut laporan media tempatan, perbuatan Osvaldo dihidu pengurus Boca, Barros Schelotto yang mengekori pemain itu selepas terlihat dia memegang mancis.

Sepanjang kariernya, Osvaldo gagal mencipta impak selaku penyerang, namun sering kali mencipta kontroversi dalam dan luar padang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");