Membawang Hari Ini

Keena keluar minyak wangi untuk peminat

KUALA LUMPUR: Ketika deretan artis popular kini muncul bersama koleksi minyak wangi masing-masing, bekas peserta Mentor musim ketiga, Keena, turut mengambil peluang berkenaan dengan memperkenalkan jenama wangiannya sendiri.

Bukan berasakan dirinya sudah bagus sehingga muncul bersama produk sendiri, tetapi bagi bekas protege Awie berusia 29 tahun ini, ia sesuatu yang memberikan kepuasan kepadanya dalam membantu kerjaya seni. Kata Keena, 11 tahun menjadi anak seni, peluang yang terbentang itu juga tidak harus dilepaskan pergi.

“Saya tahu bukan mudah untuk seorang artis mempunyai produk jenama sendiri, meskipun mereka sudah memenangi pelbagai anugerah atau bertahun-tahun terbabit dalam bidang seni.

“Adanya produk berjenama sendiri juga bukan bermakna artis itu sudah terlalu bagus, tetapi ia sebenarnya satu kepuasan pada diri sendiri dalam menghasilkan sesuatu yang baharu untuk membantu karier seni,” katanya.

Ujarnya, produk itu juga amat bermakna apabila ia dikeluarkan untuk peminat yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.

“Apabila menceburi bidang perniagaan, apa yang terdetik di fikiran adalah bagaimana saya boleh bantu peminat menerusi produk ini? Jadi, saya mahu membuka ruang bisnes kepada peminat dan sesiapa saja untuk menjadi ejen atau stokis produk ini,” katanya.

Kata Keena, minyak wangi keluarannya yang dihasilkan daripada campuran enam jenis bunga boleh digunakan sama ada oleh golongan lelaki dan wanita, tanpa ragu-ragu.

Berkongsi kegembiraan atas pelancaran produk itu, Keena berharap ia mendapat sambutan positif di kalangan peminat dan pengguna.

Penyanyi yang juga seorang pelakon ini kini mempunyai kira-kira 14,800 pengikut di Instagram dan lebih 3,000 rakan serta peminat di Facebook.

Baru-baru ini, beliau turut diraikan bersama-sama kelab peminatnya, Keena Mentor Fans Club (KMFC), yang sudah setahun ditubuhkan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159114

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");