Berita Hari Ini

Kehilangan Helikopter: Rakan Dan Saudara Ahli Parlimen Kuala Kangsar Berkumpul

KUALA KANGSAR: Keluarga dan rakan-rakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad berkumpul di kediamannya di Bukit Chandan di sini untuk menonton sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Jumaat.

Sebelum itu, mereka mengadakan solat hajat bagi mendoakan Wan Mohammad Khairil Anuar pulang dengan selamat di beberapa buah masjid di daerah berkenaan pagi ini.

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar mengadakan solat hajat di Masjid Ubudiah sebelum berkumpul di rumah mangsa untuk menonton sidang akhbar yang bermula pada pukul 9.30 pagi.

Adik Wan Mohammad Khairil Anuar, Wan Mohammad Khairul Falah, 43, berkata keluarganya tidak sabar menunggu perkembangan kehilangan helikopter tersebut dan berharap abangnya selamat.

“Beliau adalah abang yang baik. Beliau selalu pulang ke Kuala Kangsar untuk melawat pengundinya.

“Kami berharap akan mendengar berita baik. Semua orang tidak sabar-sabar menunggu sidang akhbar Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada pemberita.

Najib pada pagi Jumaat mengumumkan mengenai penemuan serpihan helikopter yang dinaiki Ahli Parlimen itu bersama empat yang lain di Sebuyau.

Wan Mohammad Khairil Anuar merupakan anak sulung daripada lima beradik dan mempunyai empat anak. Isteri dan anak-anaknya berada di kediaman mereka di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Helikopter yang membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Timbalan Menteri, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis untuk menuju ke Kuching.

Pesawat itu bagaimanapun terputus hubungan dengan menara kawalan 20 minit kemudian.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");