Berita Hari Ini

Keliru arahan pindah operasi

IPOH – DAP Perak meminta kerajaan negeri menjelaskan mengenai arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang meminta pengusaha bas Ipoh-Teluk Anson Express Sdn Bhd memindahkan operasi perkhidmatan dari Medan Kidd ke Terminal Aman Jaya.

Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana pemindahan itu dilihat akan memberi bebanan kewangan kepada sebahagian besar penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas berkenaan.

“Januari lalu, SPAD ada hantar surat kepada syarikat bas itu untuk membenarkan beroperasi di Medan Kidd. Tiba-tiba, SPAD keluarkan satu lagi surat pada 3 Mac lalu dan arahkan syarikat itu untuk pindahkan operasi ke Terminal Amanjaya berkuat kuasa selepas surat dikeluarkan.

“Ini yang menimbulkan masalah. Bukan sahaja penumpang di sini, malah perlu keluarkan belanja sekitar RM30 untuk ke Terminal Amanjaya malah kita sendiri keliru, adakah pemindahan ini di bawah kuasa SPAD atau kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada pemberita, di sini.

Hadir sama, Pengurus Syarikat Ipoh-Teluk Anson Express Sdn Bhd, Hoe Loo Poi.

Menurutnya, pengusaha bas itu menghantar surat sekitar April lalu kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

“Tapi sampai ke hari ini pun, mereka masih tidak menerima maklum balas daripada beliau,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan baik memandangkan tugas kerajaan negeri adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Kita tak mahu pemindahan ini dilakukan atas sebab kepentingan kepada sesuatu pihak untuk meraih keuntungan.

“Kita juga tak mahu pihak ini meraih keuntungan daripada kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");