Sukan Hari Ini

‘Kena bantu, bukan hukum kami’

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak terlalu cepat menghukum berhubung kegagalan persatuan itu melunaskan tunggakan gaji lima bekas pemainnya musim lalu, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, tindakan menjatuhkan hukuman tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya meletakkan persatuannya berada dalam keadaan sukar menangani konflik tersebut.

“Sepatutnya bantulah… Jangan terus bersikap menghukum. Menjatuhkan hukuman memang nampak mudah tetapi ia memberi kesan bukan sahaja kepada pembangunan bola sepak di Kelantan, malah di Malaysia keseluruhannya.

“Saya sedar untuk membantu, ia juga bukan satu perkara mudah, namun jika mereka memilih jalan senang dengan memotong mata atau menyingkirkan Kelantan ke Liga Perdana, apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tindakan pemotongan mata atau disingkirkan ke Liga Perdana dicadangkan Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam jika Kafa masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Cadangan itu dilontarkan susulan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) mendapat aduan daripada lima bekas pemain Kelantan yang masih tidak menerima tunggakan gaji seperti mana dipersetujui dalam jadual bertarikh 6 Mac lalu.

Lima pemain berkenaan ialah Amiridzwan Taj Tajudin, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Fitri Omar dan Muhammad Nazri Ahmad.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan rayuan kepada badan induk bola sepak kebangsaan dan salinan surat itu juga turut dihantar FMLLP bagi menangguhkan bayaran tunggakan gaji lima pemain berkenaan.

“Kita bukan tak nak bayar, cuma terlewat bayar mengakibatkan bayaran itu tertangguh. Bila ada duit, kita akan teruskan bayaran tunggakan gaji itu mengikut jadual.

“Kalau ikutkan komitmen, memanglah perkara penting perlu kita dahulukan. Namun semuanya kini penting, tak kira (gaji) pemain semasa dan tunggakan gaji itu tapi berdasarkan kemampuan sekarang, kami masih belum mampu. Sampai masa kita akan bayar,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");