Panasnya Hari Ini

Kenyataan Tun M, Disambut Baik-PAS

KUALA LUMPUR: kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pembangkang menewaskan BN dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini menerima sambutan positif daripada pihak pembangkang.

Memetik sumber Sinar Harian, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani menegaskan dengan pengaruh yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu, perkembangan itu diharap mampu membuka pemikiran orang ramai terhadap isu-isu politik semasa dalam negara.

Malah jelasnya ianya diharap mampu membantu orang ramai untuk membuat pilihan yang matang.

“In sya ALLAH, kita harap kenyataan Tun M itu beri pengaruh kepada pengundi-pengundi,” katanya.

Terdahulu, Mahathir semakin dilihat lantang mengkritik kepimpinan kerajaan malah turut mengetuai pengajuran Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri.

Mahathir juga dilaporkan  turut menggesa pembangkang mengalahkan BN di kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang turut menarik perhatian beberapa pemimpin kerajaan dan segelintirnya turut tersinggung dengan kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");