Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Tidak Lepas Tangan – DS Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan bersikap lepas tangan terhadap permasalahan yang berlaku terhadap pesawah di daerah Kerian.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memberikan bantuan kepada pesawah di daerah itu yang terjejas akibat fenomena El Nino.

Namun begitu pada masa yang sama, beliau mengesyorkan agar kerajaan pusat juga dapat membantu golongan pesawah di daerah berkenaan.

“Kita akan memberikan bantuan ihsan tetapi dari segi kapasiti bantuan daripada kerajaan negeri tidak mencukupi.

“Oleh yang demikian saya meminta kerajaan Persekutuan agar dapat memberi perhatian untuk memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar terlibat,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat lapan kompartmen penanaman padi di daerah Kerian, tetapi dua daripadanya terjejas teruk akibat kekeringan air iaitu di kompartmen G dan H.

“Jadi di kawasan-kawasan inilah yang menjadi perhatian kerajaan negeri dan persekutuan. Saya harapkan setidak-tidaknya kerajaan Persekutuan dapat memikirkan bagaimana dapat membantu dua kawasan ini yang tidak dapat menanam padi.

“Seramai sekitar 1,800 pesawah yang terjejas di kompartmen G dan H ini,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, paras air di kolam tadahan Bukit Merah menunjukkan peningkatan sebanyak hampir satu kaki sehingga semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");