Panasnya Hari Ini

Ketua Polis Sahkan Pengiring Bermotosikal Polis Tun Mahathir Dihentikan

KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan bahawa khidmat dua pengiring bermotosikal polis kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dihentikan.

Ujarnya, bagaimanapun, perkhidmatan pengiring itu akan disediakan sekiranya terdapat permintaan untuk menghadiri majlis rasmi.

“Kami akan mempertimbangkan polis pengiring trafik untuk Tun Mahathir berdasarkan kes dari masa ke semasa,”katanya, lapor mstar.

Khalid dilaporkan berkata, keistimewaan terhadap Tun Mahathir itu adalah kerana bekas perdana menteri itu telah menghadiri majlis-majlis haram atau anti-kerajaan seperti Bersih dan perhimpunan Bantah GST.

“Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik pengiring kerana beliau telah menghadiri majlis-majlis haram. Tidak masuk akal apabila penguatkuasa undang-undang mengiringi seseorang yang anti-kerajaan atau menyertai perhimpunan haram.

“Tetapi saya tidak menarik balik pengawal peribadi beliau yang merupakan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) untuk keselamatan peribadi beliau,”ujarnya.

Khalid berkata, Tun Mahathir boleh memohon untuk mendapatkan khidmat polis pengiring trafik sekiranya menghadiri majlis rasmi kerajaan.

“Saya harap Tun Mahathir memahami kedudukan kami mengenai perkara itu,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memberikan perkhidmatan pengiring kepada Tun Mahathir kerana mereka tidak dilatih yang mana ia akan membahayakan nyawa mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Saya tahu ada orang yang akan kata mereka mahu menyediakan perkhidmatan pengiring trafik.

“Kami akan mengambil tindakan terhadap orang-orang seperti ini yang ingin menjadi pengiring,”tegasnya.

Ujar Khalid, terdapat beberapa undang-undang yang mencukupi untuk tindakan diambil kepada pengiring ‘tidak rasmi’ itu termasuklah Akta Pengangkutan Jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");