Sukan Hari Ini

KFA tolak tawaran tajaan RM30j D’Herbs

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan keputusan muktamad menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta oleh syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar, berkata keputusan dibuat selepas perbincangan Jawatankuasa Pengurusan KFA yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden KFA.

“Penelitian syarat yang diberi pengasas syarikat terbabit, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ada yang boleh diterima, tetapi ada beberapa yang terpaksa ditolak jawatankuasa.

“Keputusan ini muktamad sebab perkara ini sudah berlarutan beberapa bulan dan kita berharap kedua-dua pihak tidak membuat sebarang kenyataan bagi menjaga imej masing-masing,” katanya dalam sidang media di pejabat Stadium Alor Setar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Aliff Syukri mengumumkan akan menaja skuad Hijau Kuning dengan nilai tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta untuk tempoh tiga tahun bagi memberi manfaat untuk pembangunan bola sepak Kedah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/150200

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");