Panasnya Hari Ini

Khir Toyo Nafi Ingin Bertanding Di PRK Sungai Besar

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyatakan bahawa beliau masih belum memikirkan sama ada untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar akan datang.

Beliau turut menegaskan tidak berminat untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar dan buat masa ini beliau hanya ingin berehat untuk sementara waktu.

“Saya tidak memikirkan untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar buat masa ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Khir turut menegaskan bahawa khabar angin yang mengatakan beliau akan tercalon dalam PRK Sungai Besar adalah hanya spekulasi semata-mata.

Jelasnya, beliau akan bersama-sama membantu jentera parti Umno dalam PRK Sungai Besar akan datang sekiranya diperlukan.

“Sungai Besar adalah kawasan saya. Bahagian ini saya yang asaskan dahulu. Pecah daripada kawasan Tanjung Karang,” katanya.

Khir turut mengesahkan beliau juga tidak dikenakan larangan berpolitik selepas tamatnya tempoh parol yang dikenakan ke atasnya.

“Saya rasa sangat gembira. Saya telah lalui satu fasa dalam hidup saya. Saya belajar banyak dan this episod have change me lot,”katanya ketika mengulas mengenai perasaannya selepas tempoh parolnya telah tamat.

Terdahulu, Khir dikenakan hukuman parol selama dua bulan bermula 29 Mac lalu namun tempoh beliau dibebaskan diawalkan pada 29 Mei berikutan pihaknya mematuhi semua syarat-syarat ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");