Sukan Hari Ini

Kim Swee teliti semula prestasi pemain

Johor Bahru: Tempoh dua hari sesi latihan dikendalikan Datuk Ong Kim Swee menjelang pertembungan Malaysia menentang Timor Leste pada aksi play-off kelayakan Piala Asia 2019 akan menjadi pengukur kepada sebarang rombakan pemain.

Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan di Padang Seri Gelam jelas tidak mahu terlalu pantas dalam menamakan kesebelasan utama kerana ingin menilai dulu setiap pemain sebelum membuat keputusan muktamad.

“Saya akan menilai setiap pemain dalam tempoh dua hari ini kerana macam-macam boleh berlaku dan jika perlu ada perubahan saya akan lakukan.

“Pada aksi persahabatan menentang Myanmar, Sabtu lalu, saya memberi peluang kepada 17 pemain beraksi dan daripada apa yang mereka sajikan, ternyata kita perlukan peningkatan terutama di posisi serangan,” katanya.

Turut menyaksikan latihan skuad kebangsaan semalam ialah Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) satu-satunya kelab di Malaysia yang memberi peluang kepada skuad kebangsaan menggunakan kelengkapan sedia ada di Padang Seri Gelam.

Kim Swee juga tidak menafikan betapa barisan serangan perlu digilap seandainya mahu memastikan kemenangan ke atas Timor Leste yang dibimbing Fernando Alcantara.

“Ada dua tiga perkara perlu ditingkatkan seperti yang saya cakap iaitu kita perlu tingkatkan serangan untuk mendapatkan peluang dan dari situ akan cuba jaringkan gol.

“Jika tak ambil peluang atau tidak banyak melakukan serangan bermakna kita tidak akan mendapatkan gol. Itu masalah yang membelenggu pemain saya walaupun tidak serius namun tetap akan diperbaiki.

“Perancangan taktikal yang ampuh amat diperlukan kerana ia penting dan latihan hari ini lebih tertumpu kepada pemulihan sebelum diteruskan dengan percaturan taktikal,” kata Kim Swee.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");