Isu Panas

Kit Siang minta hadir mesyuarat Kabinet

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menghantar emel kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan niatnya untuk hadir pada mesyuarat Kabinet yang dijadualkan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Rabu.

Menurut Kit Siang kehadiran beliau bagi menyatakan kes mengapa Kabinet perlu menyatakan pendirian berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya telah menghantar emel kepada Najib, untuk hadir mesyuarat Kabinet di Kuching (Rabu) untuk menyatakan mengapa Kabinet perlu mengambil satu pendirian berhubung 1MDB,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Menurut Kit Siang, sekiranya dibenarkan menghadiri mesyuarat Kabinet, beliau akan menyediakan satu taklimat mengenai maklum balas awam yang diterima daripada 121 Parlimen yang dilawatinya.

“Saya menunggu jawapan Najib. Saya bersedia bergegas ke Kuching sebelum mesyuarat Kabinet,” katanya.

Bagi cabaran debat itu, Kit Siang mencadangkan supaya debat berlangsung tiga hari bermula hari ini (Rabu) di Kuching, diikuti Sibu pada Khamis dan Miri pada Jumaat.

“Najib adalah calon terbaik untuk hadir di ketiga-tiga lokasi debat itu supaya pengundi di Sarawak dapat memahami sepenuhnya mengenai punca, pembangunan dan penyelesaian kepada isu 1MDB.

“Bagaimanapun, Najib mempunyai kebebasan untuk melantik mana-mana calon bagi mewakilinya,” katanya.

Ujar Kit Siang, wakil DAP akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri berhubung ‘Great Sarawak Debates’ untuk memuktamadkan butirannya dan memaklumkan bahawa DAP akan diwakili oleh penasihat undang-undang DAP, Tony Pua.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");