Sukan Hari Ini

Konspirasi karut

Sochi, Russia: Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff berkata, teori konspirasi yang menyatakan pasukannya lebih memihak kepada Nico Rosberg berbanding Lewis Hamilton adalah karut sama sekali.

Malah Hamilton berkata, tiada sebab untuknya mempercayai perkara itu selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Russia di tangga kedua di belakang Rosberg, kelmarin.

Woff berkata, komen daripada orang ramai di rangkaian media sosial tidak benar.

“Saya mahu mengabaikan pandangan yang menyatakan kami bersikap berat sebelah. Siapa pemandu kami dan siapa yang sudah membantu memenangi dua gelaran juara dunia.

“Hamilton tidak pernah mengecewakan kami dan begitu juga kami tidak akan mengecewakannya. Ini sukan yang membabitkan aspek mekanikal dan apa saja boleh berlaku.

“Kami bekerja keras untuk mendapatkan casis dan pelarasan enjin sebaik mungkin untuk mendapatkan sebuah jentera yang kompetitif.

“Inilah sebab utama mengapa kami mampu memenangi perlumbaan.

“Saya rasa sangat sukar untuk mengubah mentaliti mereka yang sekadar baring di atas katil dengan laptop di depannya dan kemudian menghantar mesej yang tidak masuk akal,” katanya.

Sementara itu, Hamilton berkata: “Apa yang boleh saya katakan kru pasukan saya berdepan kesukaran ketika ini.

“Saya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada mereka. Majoriti mereka adalah kru untuk Rosberg tahun lalu dan kru pasukan Rosberg ketika ini pula bersama saya sejak tiga tahun lalu.

“Kami menukar kru pasukan tanpa sebarang alasan, tapi ia bukanlah punca utama kami berdepan masalah.

“Jangan membuat tuduhan melulu. Ia tidak berlaku sejak tiga tahun lalu.”

Hamilton memulakan perlumbaan di petak ke-10 selepas mengalami kegagalan enjin pada sesi kelayakan sebelum kemudian berdepan masalah mekanikal.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");