Sukan Hari Ini

Kurang 0.8 saat

Shah Alam: Phee Jinq En hanya ketinggalan 0.8 saat untuk melepasi syarat kelayakan kategori A ke temasya Olimpik Rio apabila mencatat 1 minit 08.65 saat dalam laluannya merangkul pingat emas 100 meter kuak dada di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia semalam.

Biarpun gagal, Jinq En tetap berpuas hati apabila berjaya mencipta rekod baru kejohanan dan kebangsaan miliknya sendiri 1:08.99s yang dilakukan ketika beraksi di Kejohanan Renang Peringkat Umur di Singapura.

Jinq En perlu melakarkan 1.07.85s untuk kategori A dan masa kurang daripada 10 saat itu bagaimanapun dilihat agak sukar untuk diatasi tetapi bukan mustahil dalam usaha untuk mengesahkan tempat ke Rio.

“Saya akui agak sukar tapi yakin mampu melakukannya.

“Ada tiga lagi kejohanan utama di Eropah selepas ini. Justeru saya akan berusaha meraih tiket kategori A bagi memastikan tempat ke Olimpik Rio terjamin,” katanya yang sudah melepasi syarat kelayakan kategori B acara sama ketika beraksi di Kejohanan Piala Dunia di Dubai, tahun lalu.

Kejohanan di Pusat Akuatik Darul Ehsan itu menyaksikan atlet kelahiran Selangor menghadiahkan emas pertama apabila menewaskan seorang lagi perenang negara Erika Kong di tempat kedua, (1:12.26s) manakala gangsa milik perenang Indonesia At Vanessa Evato (1:13.06s).

Bagi Jinq En kejayaan memecahkan rekod kebangsaan acara kegemarannya itu sesuatu yang memang menjadi sasarannya dan menjadi pemangkin untuk dia terus memburu catatan lebih baik.

Jinq En akan beraksi dalam dua lagi acara, 50m hari ini dan 200 kuak dada, esok sebelum berlepas ke Australia untuk menjalani latihan pusat selama dua minggu di Melbourne, minggu depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");