Jenayah

Maut kereta dirempuh bas

JEMPOL: Seorang lelaki maut dirempuh sebuah bas ekpres di Kilometer 35 Jalan Bahau – Keratong, berhampiran simpang Palong 16, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 malam itu, mangsa pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Muhammad Aizat Mohd Zamri, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang memandu sendirian itu dalam perjalanan dari Keratong ke Bahau.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas ekpres hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Senawang itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, bas ekpres membawa lapan penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing.

“Pemandu dan semua penumpang selamat dan tidak mengalami kecederaan. Ketika kejadian, semua penumpang sedang tidur.

“Kita bagaimanapun menahan pemandu bas lelaki berusia 57 tahun untuk ambil keterangan dan ujian air kencing,” katanya di sini, semalam.

Noorzainy berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");