Jenayah

‘MC’ temberang tumpas

Seremban: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan sijil cuti sakit hasil penahanan sembilan individu termasuk tiga penjawat awam, sejak 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, penahanan itu hasil laporan yang dibuat sebuah klinik swasta yang mendakwa sijil cuti sakit kliniknya dipalsukan.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis menahan dua lelaki berusia 35 dan 36 tahun di Setapak, Kuala Lumpur serta merampas tujuh keping sijil cuti sakit dari pelbagai hospital dan klinik, pada 18 Mei lalu.

“Hasil penahanan terbabit, kita menahan tiga penjawat awam berusia 32 hingga 48 tahun yang disyaki menjadi pembeli sijil cuti sakit berkenaan. Semua yang ditahan direman sehingga hari ini dan akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu pendakwaan.

“Hasil siasatan lanjut, kita menahan pula pasangan suami isteri yang turut menjual sijil cuti sakit dan dua pelanggan di sebuah rumah di Paroi, jam 10 malam kelmarin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka ditahan reman bermula semalam hingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 463 kanun sama.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");