Sukan Hari Ini

MU yakin lakar kejutan Kumpulan D

Melaka: Walaupun FELDA United dan Terengganu menjadi pasukan pilihan Kumpulan D saingan Piala Malaysia namun Melaka United (MU) bertekad membuktikan kehadiran mereka tetap dirasai.

Biarpun skuad Hang Tuah dianggap bukan pilihan ketika tumpuan terarah kepada dua skuad Liga Super itu selain Negeri Sembilan, jurulatih MU Mat Zan Mat Aris mahukan anak buahnya mencipta kejutan ke atas semua lawan.

“Pedulikan pasukan mana jadi pilihan, yang penting kami beraksi pada tahap terbaik perlawanan sebenar.

“Jadi, saya anggap peluang kami tetap terbuka dengan syarat pemain tidak terlalu menghormati lawan berdasarkan reputasi mereka.

“Jika pemain terlalu memandang lawan sebagai pasukan hebat sudah pasti peluang kami amat tipis,” katanya.

Justeru jurulatih kelahiran Rembau itu tetap memandang tinggi Negeri Sembilan, tambahan pula mereka dikhabarkan bakal mendapat khidmat pemain baru pada sesi jendela perpindahan pemain Jun depan.

Katanya, cuma FELDA United dan Terengganu yang belum pernah berdepan anak buahnya dan sehubungan itu belum diketahui tahap kekuatan sebenar mereka walaupun pada penilaian umum dua pasukan itu memiliki barisan pemain terbaik Liga Super.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");